Search


Sahabat saya ada post gambar ini tadi. Ketik...

  • Share this:


Sahabat saya ada post gambar ini tadi. Ketika ini saya (di sebelah kanan Dr Daud) sedang bertanyakan sesuatu kepada Dr Daud Bakar sewaktu sesi rehat sebuah seminar tak lama dahulu.

Sebenarnya saya terkejut waktu tu bila Dr Daud Bakar ambil nasi bungkus dan duduk makan bersama peserta-peserta seminar. Saya kira beliau pasti makan di ruangan VIP khas untuk beliau.

Tapi tak, beliau sangat humble dan ramah dengan peserta-peserta seminar walaupun beliau menyandang jawatan yang cukup tinggi, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Malah syarikat beliau mempunyai cawangan yang pelbagai di serata dunia.

Sungguh, saya terkesan dengan kerendahan hati beliau. Moga Allah meramaikan lagi insan-insan seperti beliau.

Saya teringat sebuah peribahasa Melayu,

ikut resmi padi,
makin berisi makin tunduk


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts